Pages

Penaja

Ahad, 24 Julai 2011

Drama Di Kota Singa


Drama lapan gol yang terhasil malam tadi menceritakan perlawanan dua musuh tradisi antara Harimau Malaya menentang Sang Singa.Tetapi impian untuk menyaksikan perlawanan itu berpihak kepada Malaysia bertukar apabila Singapura menang 5-3 walaupun Harimau Malaya bangkit untuk menyaingi kehebatan tuan rumah.Pada aksi malam tadi,skuad bimbingan K.Rajagobal gagal beraksi pada tahap sebenar meskipun diiringi sokongan lebih 1,000 penyokong Malaysia di Kota Singa itu.
Walaupun Malaysia berjaya mendahului permainan dengan gol mudah oleh penyerang berbisa negara,Safee Sali. Singapura bangkit dengan permainan pantas menyamakan kedudukan menerusi Aleksandar Duric pada minit ketujuh. Singapura terus membuat kejutan dengan menewaskan benteng pertahanan negara dengan menambah tiga lagi gol hasil sepakan percuma Qiu Li (21), Mustafic Fahrudin (43) dan Shi Jiayi pada minit ke-45. Ketinggalan 1-4, Malaysia memulakan babak kedua dengan langkah kiri apabila kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Bahrain pada minit ke-49.
Nasib juga tidak menyebelahi Singapura apabila Ismail Yunos turut dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-53.K Rajagobal memasukkan Abdul Hadi Yahya dan ternyata membuahkan hasil apabila pemain itu berjaya menjaringkan gol ke dua buat pasukan Malaysia.Gol ketiga Malaysia pula menerusi Safee seminit kemudian. Namun harapan melihat Malaysia bangkit menyamakan kedudukan 4-4 tidak kesampaian apabila Duric meledak gol kelima Singapura pada minit ke-80. Malaysia kini perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini seandainya mahu layak ke pusingan ketiga.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...