Pages

Penaja

Khamis, 30 Jun 2011

Malaysia Menang TIPIS !


Kemenangan 2-1 dalam perlawanan pertama, pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia mencipta rasa bangga tetapi anak didik Datuk K Rajagobal perlu menyajikan kelibat lebih garang dalam pertemuan timbal balik di Taiwan, Ahad ini andai memasang impian mahu layak ke pusingan kedua.
Tuan rumah yang bermula agresif membuka tirai jaringan pada minit ke-27 menerusi Safiq yang berpunca daripada gerakan Abdul Hadi Yahya sejurus selepas masuk menggantikan Helmi Remeli.

Hadi tidak menunggu lama memecah bentang pertahanan dari sisi kanan sebelum melorong bola kepada S Kunanlan dan umpanan pemain tengah itu mudah disempurnakan Safiq yang merembat kencang menewaskan penjaga gol Taiwan, Lin Po-Cheng. 


Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, dua jaringan masih-masing satu daripada kapten, Safiq Rahim pada minit ke-27 dan tonggak pertahanan, Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak (ke-54) sudah cukup untuk memberi bekalan buat anak-anak buah Rajagobal sebelum berkunjung ke Taiwan



Begitupun, kelekaan barisan pertahanan skuad kebangsaan dihukum apabila Chen Po Liang menjaringkan gol bagi merapatkan jurang buat Taiwan pada minit ke-75.
Kesilapan itu telah menghadirkan kebimbangan kepada Rajagobal yang tidak mahu ia berulang lagi ketika aksi kedua nanti.
“Kita tidak sepatutnya melepaskan gol mudah kepada Taiwan begitu sahaja. Apa yang saya dapat lihat ialah barisan pertahanan kita ‘tidur’ dan hilang tumpuan.
“Justeru, saya akan melakukan sesuatu bagi mengatasi kelemahan tersebut sebelum aksi kedua nanti,” jelas Rajagobal.
Sementara itu, jurulatih Taiwan, Lo Chih-Tsung yakin anak-anak buahnya akan kembali bangkit pada aksi kedua nanti.
Jelas Chih-Tsung, pasukan itu sebenarnya menampilkan corak permainan secara menyerang tetapi apabila beraksi di Malaysia, mereka perlu berhati-hati dan lebih banyak bertahan.
“Pada aksi kedua nanti, saya yakin kami akan kembali kepada corak permainan asal kami. Kami akan menerapkan corak permainan secara menyerang.
“Kami perlu mencari gol dalam usaha untuk mara ke pusingan kedua. Saya yakin kami masih memiliki peluang yang cerah untuk ke pusingan berikutnya,” jelas Chih-Tsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...