Pages

Penaja

Selasa, 5 Julai 2011

Singapura Untuk Ditewaskan

TAIWAN sudah ditunjuk jalan keluar, inikan pula Singapura. Justeru, pertembungan Malaysia dengan barisan skuad kebangsaan ‘import’ Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai depan pasti sengit. Andai berjaya mengatasi Singapura kelak, Malaysia mempunyai alasan tersendiri untuk bermegah kerana lawan mereka merupakan pasukan yang diwakili pemain import dan bukannya seratus peratus anak jati tempatan.
Malaysia layak ke pusingan kedua selepas membenam cabaran Taiwan dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. Agregat terikat 4-4 tetapi skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu telah menghasilkan dua gol di tempat lawan malam kelmarin meskipun pada aksi tersebut Malaysia tewas 2-3. Pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lepas, Malaysia menang 2-1. Ranking antara Malaysia dengan Singapura juga tidak jauh berbeza. Malaysia berada di tangga ke-144 dunia manakala Singapura menghuni tangga ke-142.
Rekod kemenangan juga agak seimbang namun, Singapura yang dibimbing Rodojko Avramovic itu mendapat bye pusingan pertama dan telah mengadakan dua perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi saingan pusingan kedua. Pada 7 Jun lalu, Singapura mudah menewaskan Maldives 4-0 menerusi dua jaringan Qiu Li, Shi Jiayi dan Aleksandar Duric. Pada Khamis lalu pula, Singapura berjaya menewaskan kelab Perancis yang beraksi di Liga Singapura, Etoile FC 2-1 hasil jaringan Li dan Duric. Kemenangan yang mereka raih itu memang hebat tetapi, semuanya disumbangkan oleh ‘warganegara import’ mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...