Pages

Penaja

Isnin, 27 Jun 2011

Malaysia VS Taiwan

Kecemerlangan skuad bawah 23 tahun minggu lepas, membakar  semangat untuk skuad senior untuk mempertahankan maruah pada perlawanan hari rabu ini bersamaan 23 june 2011 di stadium bukit jalil. Misi untuk melangkah ke piala dunia 2014 untuk stage yang pertama, bukan misi biasa-biasa jer.



Rajagobal pastinya amat teliti untuk memilih pemain pada saingan kompetitif pertamanya selepas kemenangan di rantau Asia Tenggara, Piala AFF, penghujung tahun lalu dengan Taiwan menjadi lawan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.

Gawang negara hampir pasti menjadi milik kapten skuad Olimpik, Khairul Fahmi Che Mat namun barisan pertahanan mungkin memeningkan kepala pengendali berusia 55 tahun itu apabila terdapat sejumlah pemain yang mampu beraksi dengan baik di barisan pertahanan seperti Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra Omar, Helmi Remeli, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohd Azmi Muslim, Mohd Farisham Ismail dan Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid.



Rajagobal boleh membuat pilihan untuk menyenaraikan muka baru ataupun terus bergantung harap kepada benteng pertahanan muda sebelum ini diketuai Mohd Muslim, Mohd Fadhli, Mahali dan Mohd Asraruddin.

Mohd Safiq pula hampir pasti mengemudi jentera tengah bersama Amar Rohidan namun Rajagobal juga mempunyai pilihan dengan kehadiran perancang tengah Kelantan, Mohd Shakir Saari yang mempamerkan kematangan ketika membantu Harimau Malaya menewaskan Myanmar minggu lalu selain kehadiran perancang skuad Olimpik, K Gurusamy.


Dua pemain Taiwan yang berpangkalan di Eropah bakal menjadi duri dalam daging bagi Skuad Kebangsaan Malaysia. Mereka mempunyai misi tersendiri bagi mambantutkan usaha Malaysia untuk mencatat kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu ini.

Xavier Chen merupakan salah seorang pemain naturalisasi Taiwan yang yang beraksi dengan cemerlang di Liga Belgium.

Dua pemain tersebut ialah Victor Chou yang beraksi sebagai pemain pertahanan di salah sebuah kelab di Sepanyol dan Xavier Chen yang bermain sebagai pemain pertahanan kanan di Liga Belgium. Kedua-dua pemain tersebut dijangka akan menyukarkan barisan serangan Malaysia yang diketuai Safee Sali untuk mencari sebarang jaringan.

Mereka begitu yakin untuk mengalahkan Malaysia Rabu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...