Pages

Penaja

Isnin, 20 Jun 2011

Skuad Olimpik Malaysia seri menentang Lubnan


Aksi awal perlawanan yang berlangsung di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut tampak agak hambar apabila kedua-dua pasukan terlalu berhati-hati mengatur permainan.


Berbekalkan sorakan semangat yang diberikan lebih 300 penyokong yang kebanyakannya anggota tentera daripada pasukan Malbatt dan Malcon Malaysia yang bertugas menjaga keselamatan di Lubnan, skuad negara yang pada mulanya tenggelam berjaya mengancam kubu tuan rumah.



Pada separuh masa pertama perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Malaysia vs Lebanon, menyaksikan paskan Lubnan banyak menguasai perlawanan  tersebut dengan asakan serangan yang bertali arus ke arah pintu gol Malaysia. Perlawanan di separuh masa pertama bagi pasukan Malaysia juga agak perlahan dan nampak pemain-pemain Malaysia bermain dengan penuh berhati-hati. Percubaan daripada Wan Zack Haikal yang menyerang pintu gol pihak lawan juga masih tidak mampu menjaringkan apa-apa gol.
Pada minit ke-51, Izzaq terlepas peluang terbaik apabila gagal menampan kemas bola hantaran leret Irfan Fazail di dalam kotak penalti.
Wan Zack selepas itu berjaya melepaskan dua rembatan kencang pada minit ke-54 dan ke-61 tetapi berjaya ditepis penjaga gol Lebanon.
Pada masa kecederaan, penyerang gantian, Syahrul Azwari Ibrahim hampir menjaringkan gol kemenangan tetapi percubaannya di halang keluar pemain pertahanan Lebanon.


Ia keputusan yang mampu memberikan kelebihan kepada anak-anak buah Ong Kim Swee itu untuk menanti kunjungan Lebanon pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...