Pages

Penaja

Rabu, 22 Jun 2011

Malaysia Vs Lubnan Di Bukit Jalil

Tiket perlawanan Malaysia Vs Lebanon boleh didapati di Kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil.

Harga Tiket Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012


Malaysia vs Lebanon
Tarikh: 23.06.2011 (Khamis)

Masa: 8.45mlm
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil

Tiket-tiket bagi perlawanan di atas berharga RM 30.00 (pentas utama) RM 20.00 (terbuka) dan RM 5.00 bagi tiket kanak-kanak.

Tiket-tiket boleh dibeli di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Tarikh Perlawanan (23.06.2011).








Skuad Olimpik negara telah mempamerkan prestasi yang boleh diberi pujian ketika mengikat Lebanon 0-0 pada aksi pertama di Beirut, Ahad lalu dan mereka selamat tiba di tanah air pagi semalam.
Menurut Kim Swee, tidak banyak perubahan atau latihan dapat dibuat dalam tempoh dua hari melainkan bagi memastikan kesemua pemain kembali cergas selepas mengharungi perjalanan jauh.
“Pemain jelas keletihan selepas mengharungi perjalanan selama 20 jam termasuk transit. Selain itu, perubahan waktu selama lima jam juga boleh memain peranan kepada kedua-dua pasukan.
“Untuk aksi kedua ini, kita tak boleh biarkan Lebanon mendapat gol awal kerana ia penting bagi format kelebihan gol di tempat lawan jika perlawanan berakhir dengan seri.
“Jadi kita kena kuasai bahagian tengah untuk mencatat kemenangan. Cuma pemain jangan terlalu ghairah dan gopoh. Pamerkan aksi berdisiplin,” kata Kim Swee semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...