Pages

Penaja

Khamis, 16 Jun 2011

MenghinaYang Di-Pertuan Agong kerana Piala FA


Marah dan geram dengan sikap individu menghina Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, GanuSoccer.net petang kelmarin membuat laporan polis mengenai kes penghinaan berkenaan.

Laporan sebelum ini menyebut penghinaan itu dilakukan oleh dua individu dipercayai penyokong pasukan bola sepak tanah air bertindak kurang ajar apabila sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial Facebook.

Individu terbabit didapati bukan saja mengubah suai gambar Yang di-Pertuan Agong dengan menggantikan wajah baginda dengan sebiji bola tetapi turut mengeluarkan komen mempersendakan ketua negara Malaysia itu apabila mengaitkannya dengan kemenangan Terengganu ke atas Kelantan pada final Piala FA, Sabtu lalu.

Tindakan dua individu tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Nik Rabani dan Kay Shakila itu disedari ahli Kelab Peminat Terengganu (Terengganu FC) yang membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, pada jam 1.15 petang, kelmarin.

Berdasarkan akaun individu terbabit, Nik Rabani mendakwa menetap di Kota Bharu manakala Kay Shakila pula mendakwa menuntut di Universiti Teknologi Mara.

Ketua Penerangan Terengganu FC, A Rashid Ridha Muhamad, berkata tindakan dua penyokong terbabit disedari ahlinya kira-kira jam 9 malam kelmarin dan mereka menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...