Pages

Penaja

Jumaat, 17 Jun 2011

Malaysia VS Myanmar di Kota Bharu

Time 
18 June · 20:00 – 23:00
Location 
Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Jalan Mahmood
Kota Baharu, Kelantan, Malaysia



Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan perlawanan antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV di Kota Bharu, Kelantan pada 18 Jun ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata, perlawanan persahabatan tersebut yang akan bermula pada 8.45 malam melibatkan pasukan kebangsaan kedua-dua negara.

Perlawanan di Kota Bharu itu adalah atas permintaan Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), katanya.

"Presiden FAM Tuanku Ahmad Shah bersetuju dengan permintaan tersebut dan keputusan ini turut membuka ruang kepada peminat bola sepak di negeri-negeri lain untuk menonton perlawanan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Malaysia akan pasti meletakkan penyerang pasukan Terengganu iaitu Abdul Hadi Yahya kerana ketiadaan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.Bahagian penjaga gol juga mungkin akan diambil alih oleh Sharbinee Allawee.


Menurut Rajagobal, tiga daripada lima penyerang yang disenaraikan dalam skuad 28 pemain bertemu Myanmar dan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 bertemu Taiwan 29 Jun ini, mengalami kecederaan.

"Saya terpaksa mencari gandingan penyerang baru untuk kedua-dua perlawanan tersebut berikutan kecederaan yang dialami Norshahrul Idlan Talaha (urat pelipat lutut), Shahrizal Saad (buku lali).

"Safee Sali pula mempunyai tanggungjawab bersama kelabnya Pelita Jaya di Indonesia," katanya ketika ditemui media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya semalam.

Jelasnya, beliau mungkin memanggil pemain skuad Bawah 23, Izzaq Faris Ramlan atau penyerang lain, jika pemain yang disenaraikan tidak pulih sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...