Pages

Penaja

Ahad, 16 Disember 2012

Fandi Ahmad Lagenda Bolasepak Singapura

Kenalkah anda dengan Fandi Ahmad ? Beliau adalah lagenda bola sepak Asia .Berasal dari Singapura dan Beliau merupakan pemain termuda yang pernah menyertai pasukan kebangsaan Singapura ketika berumur 16 tahun . Menakjubkan bukan pada usia 16 tahun telah dipilih menyertai skuad kebangsaan . Kelab terkemuka Eredivise, Ajax Amsterdam pernah melamar Fandi pada tahun 1982 tetapi Fandi menolak tawaran itu atas sebab-sebab tertentu . Beliau menyertai salah satu pasukan di liga Indonesia pada tahun tersebut . Sekali lagi, kelab liga Eredivise FC Groningen pula cuba untuk mendapatkan Fandi dan Fandi membuat pilihan dengan menyertai kelab tersebut . Fandi telah berjaya menjaringkan 10 gol dalam 29 perlawanan bersama kelab itu . FC Groningen pernah menewaskan Inter Milan 2-0 dan salah satu jaringan FC Groningen telah dihasilkan oleh Fandi . Pada tahun 1999, FC Groningen telah menyenaraikan Fandi Ahmad di Hall Of Fame FC Groningen sebagai the best 25 players ever to play for FC Groningen . Pade tahun 2003 FC Groningen telah menamakan Fandi didalam senarai the club's best eleven of the twentieth century. Beliau juga pernah bermain di liga Malaysia bersama Kuala Lumpur pada tahun 1986 dan bermain bersama Pahang pada tahun 1991 .

Fandi, anda adalah lagenda bola sepak Asia yang akan dikenang sampai bile2...


#RESPECT




betul-betul rare ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...