Pages

Penaja

Jumaat, 9 September 2011

Sejarah Baru Safee Sali Bakal Tercipta !

Safee Sali dikatakan jelmaan Mokhtar Dahari(SUPER MOKH)
KELAB Liga Kejuaraan, Cardiff City terus memberikan peluang kepada pemain kebangsaan untuk membuktikan kemampuan bersaing dalam kancah bola sepak Eropah.


Berani

Pengurusan Pelita Jaya FC sudahpun menghantar surat pelepasan Safee Sali utk jalani ujian di Cardiff City FC selama 
2 minggu. Mereka turut bangga pemain mereka diberi peluang. Safee akan kembali ke KL Ahad ini jam 12t/hari dan akan ke KLIA tgh malamnya utk penerbangan ke London jam 3.35 pg. Semua media dijemput hadir di KLIA jam 12 tgh malam Ahad ini.


Walaupun kemasukan pemain kita ke EPL dikekang beberapa syarat yang agak sukar, namun Kementerian Belia dan Sukan yakin isu permit kerja akan menjadi pendorong kepada pemain kebangsaan meningkatkan pretasi bagi menaikkan ranking negara ke kedudukan yang lebih baik. Syarat bagi seseorang pemain untuk beraksi di EPL ialah pasukan kebangsaannya perlu berada dalam senarai 70 pasukan terbaik dunia mengikut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Anta- rabangsa (FIFA). Safee Sali akan menjalani sesi ujian dan latihan dengan pasukan utama kelab Bluebirds yang dimiliki warga Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dari 12 hingga 27 September ini di bawah tawaran keemasan dan jarang diperoleh pemain negara.

Di bawah tawaran sekali seumur hidup itu, segala perbelanjaan penginapan, makan minum dan tiket penerbangan pergi balik buat penyerang sensasi negara itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kelab yang diuruskan Malky Mackay dan ditubuhkan pada 1899 itu.
Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, tawaran itu dimaklumkan sendiri Tien Ghee dalam pertemuan di sini, kelmarin.
“Datuk Chan memaklumkan saya mengenai tawaran tersebut dalam pertemuan kami di Kuala Lumpur, semalam (kelmarin). Beliau mengesahkan Safee akan berlatih dengan pasukan utama kelab itu.
“Saya menganggapnya satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan, kerana biasanya ramai yang memohon menjalani sesi itu dan sudah mencecah 1,000 orang sedangkan Safee diundang ke sana. Itu sudah cukup besar bagi saya.
“Buat masa ini kami tidak mahu menuntut sebarang bayaran sama ada dari segi elaun dan sebagainya sepanjang Safee di sana dan kami serahkan sepenuhnya kepada Cardiff City,” kata Zakaria, bekas pengurus pasukan Selangor pada 2008 hingga 2009.
Mengenai sama ada kelab Safee sekarang, Pelita Jaya Indonesia sedia melepaskan Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu, katanya: “Saya lihat mereka memberi petanda positif kerana ia juga sebagai sebahagian persediaan tepat menghadapi Liga Super Indonesia, Oktober ini.”
Zakaria bagaimanapun menegaskan, hanya Safee yang ditawarkan ke Cardiff City dan mengesahkan bahawa Tien Ghee tidak menyebut sama ada ketua pasukan negara, Safiq Rahim yang turut dikaitkan seperti yang dilaporkan beberapa media Malaysia, akhir bulan lalu.
Sebelum ini, pemain pertahanan Melaka dan Selangor serta kebangsaan pada era 80an hingga 90an, Lim Teong Kim pernah bermain dengan kelab Jerman, Hertha BSC Berlin pada 1987 dan kini menjadi penolong jurulatih pasukan remaja bawah 19 tahun Bayern Munich.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...