Pages

Penaja

Ahad, 15 Mei 2011

Nur Kasih The Movie





Setelah Adam berjaya mendapatkan cinta murni Nur Amina, setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya dan setelah Sarah benar-benar insaf, maka apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta? 

Dugaan dan ranjau yang dilalui Adam tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua.

Manakala Aidil pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia telah meninggal dunia. Mampukah Aidil membesarkan Ilyas dan Maryam?

Gelagat Mia dan Ilyas yang comel dalam Nur Kasih The Movie
Nur Kasih the movie yang menelan belanja hampir 3.5 juta pasti membuatkan jiwa anda tersentap dengan kesyahduannya di samping keindahan lokasi pengambaran di Tanjung Karang, Selangor dan Jordan yang mewarnai sepanjang perjalanan Nur Kasih.

Setelah drama siri Nur Kasih yang mendapat jumlah penonton tertinggi hampir 4 juta orang, Kini, sakksikan kesudahannya yang penuh dengan tragis dan emosi sehingga membuatkan air mata anda bergenang dalam Nur Kasih The Movie yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pertengahan bulan Mei.

Suka duka sebagai pasangan suami isteri antara Adam dan Nur 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...