Melihat badanya yang pendek serta paruhnya yang besar,ia tidak kelihatan seperti burung yang dicipta dengan kehebatan luar biasa.
Namun kajian terbaru menunjukkan burung wak-wak adalah antara haiwan terbaru yang mempunyai keupayaan untuk terbang paling menakjubkan.
Saintis mendapati burung ini boleh terbang hampir 6,400KM dalam masa tiga hari tanpa henti.Saintis Sweden dan Britain yang memakaikan tag pengesan pada burung wak-wak mendapati haiwan itu melakukan penebangan tanpa henti berbanding burung yang lain.
Dan lebih mengejutkan,haiwan ini boleh menempuh perjalanan jauh itu dengan kelajuan sehingga hampir 100 KM sejam.data yang diperolehi menunjukkan seekor burung wak-wak terbang sejauh 6,168KM dari Eropah ke Afrika dalam tempoh hanya tiga hari manakala seekor lagi merentasi 4,620KM dalam tempoh 48jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan