Pages

Penaja

Ahad, 16 Disember 2012

Fandi Ahmad Lagenda Bolasepak Singapura

Kenalkah anda dengan Fandi Ahmad ? Beliau adalah lagenda bola sepak Asia .Berasal dari Singapura dan Beliau merupakan pemain termuda yang pernah menyertai pasukan kebangsaan Singapura ketika berumur 16 tahun . Menakjubkan bukan pada usia 16 tahun telah dipilih menyertai skuad kebangsaan . Kelab terkemuka Eredivise, Ajax Amsterdam pernah melamar Fandi pada tahun 1982 tetapi Fandi menolak tawaran itu atas sebab-sebab tertentu . Beliau menyertai salah satu pasukan di liga Indonesia pada tahun tersebut . Sekali lagi, kelab liga Eredivise FC Groningen pula cuba untuk mendapatkan Fandi dan Fandi membuat pilihan dengan menyertai kelab tersebut . Fandi telah berjaya menjaringkan 10 gol dalam 29 perlawanan bersama kelab itu . FC Groningen pernah menewaskan Inter Milan 2-0 dan salah satu jaringan FC Groningen telah dihasilkan oleh Fandi . Pada tahun 1999, FC Groningen telah menyenaraikan Fandi Ahmad di Hall Of Fame FC Groningen sebagai the best 25 players ever to play for FC Groningen . Pade tahun 2003 FC Groningen telah menamakan Fandi didalam senarai the club's best eleven of the twentieth century. Beliau juga pernah bermain di liga Malaysia bersama Kuala Lumpur pada tahun 1986 dan bermain bersama Pahang pada tahun 1991 .

Fandi, anda adalah lagenda bola sepak Asia yang akan dikenang sampai bile2...


#RESPECT




betul-betul rare ..

Sabtu, 26 November 2011

Malaysia VS Bahrain



Perlawanan pusingan ketiga kelayakan olimpik berlangsung malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan Malaysia menerima kunjungan Bahrain.


Siaran Langsung Malaysia vs Bahrain akan disiarkan di RTM 1 dan Astro Supersport 3 813 bermula jam 8.30 malam. Sepak mula perlawanan dijangka dimulakan jam 8.45 malam.

Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi venue pilihan perlawanan playoff peringkat Kelayakan Olimpik 2012 oleh Konfederasi Bola Sepak Asia(AFC).

Ketiga-tiga naib juara dari kumpulan pusingan ketiga dalam benua Asia-AFC akan bermain antara satu sama lain di tempat neutral pada 25, 27 dan 29 Mac 2012. Pemenang kumpulan ini akan terlebih dahulu bermain dengan pasukan yang menduduki tempat keempat kejohanan kelayakan Afrika dalam play-off untuk tempat di Sukan Olimpik 2012.

Peluang Malaysia ke Olimpik masih ada walaupun sudah hampir pasti bukan secara automatik sebagai juara kumpulan C. Dapat tempat ke dua boleh bermain Play Off Kelayakan Olimpik dan perlu bersaing dengan Syria tetapi dengan syarat yang pertama, malam ini menentang Bahrain WAJIB MENANG!

Bagi yang xde tv ker,Tv rosak ke..boleh tengok di LIVE STREAMING TV1

Kedudukan terkini Kumpulan C:

PASUKANPMKSJBPGMATA
SYRIA22005146
JEPUN22004046
BAHRAIN202015-40
MALAYSIA202004-40

Ahad, 20 November 2011

Penyakit yang biasa menyerang Ikan Laga



Diantara penyakit yang biasa menyerang ikan laga ialah:

1) Jangkitan bakteria 

SEBAB/KESAN 
Dikesan apabila matanya kabur,ekor layu, kulit serba tak kena@bewarna merah dan bernafas kencang. 

Rawatan
Tetracycline atau MarOxy

2) Ekor layu 

SEBAB/KESAN 
Selalunya akibat tertekan dan keadaan air yang teruk. Kadangkala akibat dari jangkitan bakteria 

Rawatan 
Aquarisol atau akuarium bergaram

3) Badan berkulat 

SEBAB/KESAN 
Benda keputihan yang melekit tergantung menyelubungi badan 

Rawatan 
Maracyn atau Furacyn

4) Sembelit 

SEBAB/KESAN 
Dikesan apabila betta mengambil masa lama untuk membuang najisnya atau najisnya tergantung lama tidak jatuh.Ini akibat diberi makanan berkanji kering dan kurang kepelbagaian makanan 

Rawatan 
Makan bersukat atau diberi makanan yang dibeku/hidup

5) Dropsy (Kegagalan buah pinggang berfungsi)

SEBAB/KESAN 
Pembentukan bendalir yang keterlaluan dalam badan. Akibatnya ikan hilang selera makan, bengkak badan, sisiknya teruk dan kelihatan lembap. Selalunya menyebabkan kematian 

Rawatan 
Tetracycline

6) Ekor memburuk 

SEBAB/KESAN 
Kerana bakteria diluar. Akibatnya ekor semakin memburuk, pecah serta berbulu 

Rawatan 
Betta Max atau MelaFix

7) Mulut berkulat

SEBAB/KESAN
Mulut betta kelihatan ditumbuhi benda putih@kelabu 

Rawatan
Penyingkir Fungus atau Furanase

8) Penyakit Insang 

SEBAB/KESAN
Tidak mengembang dan insang bewarna merah@berkilau. Ikan akan selalu berada dipermukaan atas bekas apabila dijangkiti.

Rawatan 
.Maracyn

9) Lubang di kepala 

SEBAB/KESAN 
Betta akan membina lubang kecil di atas kepala 

Rawatan
Hexamit

10) Ich 

SEBAB/KESAN
Penyakit berjangkit. Dikesan melalui bintik putih kecil menyelubungi badan 

Rawatan
Aquarisol atau rawatan cepat

11) Parasit 

SEBAB/KESAN
Parasit kecil seperti cacing Anchor melekat dibadan betta menyebabkannya menggosokkan badan pada sesuatu benda untuk membuangkannya.

Rawatan
Coppersafe atau Fluke tab

12) Selera makan buruk 

SEBAB/KESAN
Dikesan apabila betta menjadi lembap dan murung 

Rawatan
Betta Max

13) Penyakit mata 

SEBAB/KESAN
Matanya menjadi besar dan kabur atau mungkin tertonjol keluar 

Rawatan
Maracyn

14) Berenang hodoh

SEBAB/KESAN
Dikesan apabila betta berenang mengereng kesisi, menggeselkan perutnya atau selalu berada di permukaan bawah bekas. Penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut 

Rawatan
Tiada ubat, tetapi diberi makan selalu mungkin dapat membantu

15 Fish Lice

SEBAB/KESAN
Dijangkiti bakteria yang menyebabkan badan atau ekor ikan terdapat bintik bewarna merah, seperti demam campak 

Rawatan
Copper safe atau akuarium bergaram

16 Velvet 

SEBAB/KESAN

Penyakit yang selalu dihadapi oleh anak ikan pelaga. Penyakit yang berjangkit dan membawa kematian. Dikesan apabila ada bintik coklat atau warna karat di badan dan warna badannya semakin pudar. Jika diteliti dengan betul dapat diperhatikan badannya ditumbuhi fungus

Rawatan
Acraflavin, aquarisol, Copper safe, sejenis produk bernama Had-A-Snail atau sedikit garam mengikut sukatan

SUMBER:DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...